Wednesday, May 16, 2007

Masjid Cina: Pembongkaran Kecinaan Seorang Hang Tuah

Ibnu Hasyim CATATAN SANTAI:


‘MANUSIA Mati Meninggalkan Nama’, ‘Nama Menunjukkan Bangsa’ dan ‘Bahasa Jiwa Bangsa’. Pepatah petitih Melayu menunjukkan, di mana bangsa itu, jiwanya ialah bahasa dan pertanda kepada sesuatu bangsa ialah nama. Nama atau jasa, itulah yang menjadi sebutan dan bahan sejarah. Mari kita lihat asal-usul Hang Tuah.

(gambar: Masjid tertua di Beijing, China)

Mula-mula kita lihat namanya…

Satu kajian dibuat dalam perbendaharaan Melayu, terutamanya dalam Kesultanan Melayu Melaka, tidak ada nama yang di awalnya sebutan ‘Hang’ pada nama-nama Melayu, seperti Hang Tuah dan 4 sahabatnya, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu. Tetapi ‘Hang’ pada nama-nama bangsa Cina, memang ada. Contohnya, yang bermula dari Hang, Tan dan Lee. Itupun bergantung kepada suku kaum asal mereka dari wilayah-wilayah tertentu dari negeri China. Kalau nak dikatakan, ianya adalah gelaran anugerah dari Raja-raja Melayu, itupun tidak benar juga. (Nama Hang Samrin sekarang ada, tapi bukan di Malaysia).

Kenapa?

Menurut Mohd Yunus Ibrahim dari Jabatan Sejarah UKM (dalam kertaskerja bertajuk Melaka 1400-1511 Dari Aspek Kemasyarakatan), gelaran-gelaran yang diberi hanyalah Bendahara, Paduka Raja, Temenggung, Laksamana, Syahbandar dan Mandulika. Tiadapun gelaran ‘Hang’!

Menurut buku ‘Sejarah Melayu’ (edisi W.G.Shellabear MPH Ltd S’pore), pemergian Tun Perpatih Putih utusan Sultan Mansur Shah ke negeri China, telah membawa balik Puteri Hang Li Po bersama 500 dayang-dayang. Sultan Mansur Shah telah berkahwin dengan puteri tersebut (kahwin campur) dapat putera, diberi nama Paduka Mamat. Tidak pula diberi nama Paduka ‘Hang’ Mamat.

Biasanya nama-nama dalam loghat Cina mempunyai 3 sukukata. Hang Tuah dikaitkan dengan Hang Too Ah. Hang Jebat dari Hang Jee Fatt. Hang Lekir dari Hang Lee Ker dan Hang Lekiu dari Hang Lee Kiew. Bagaimana pula dengan Hang Kasturi yang mempunyai 4 sukukata?

Terdapat 2 andaian.

Pertama, Hang Kasturi memang berbangsa Melayu, tetapi bergaul rapat dengan anakcucu dari rombongan Puteri Hang Li Po.
Kedua, memang nama sebenarnya Kasturi, tetapi ditambah ‘Hang’ oleh 4 rakankaribnya yang Cina itu, hingga menjadi sebutan kekal.

Ada lagi pendapat yang menarik, di mana dalam kertaskerja Ong Hak Ching dari Jabatan Sejarah UKM menyebutkan, Sultan Mansur Shah telah memberi tempat kediaman di Bukit Cina kepada Puteri Hang Li Po dan 500 dayang-dayangnya. Termasuk mereka yang belum Islam atau sudah Islam. Anak cucu mereka digelar ‘biduanda Cina’ yang bermakna ‘golongan yang dilindungi’.

Pada saya, mungkin dari sinilah lahirnya golongan ‘baba & nyonya Melaka’ yakni golongan Cina yang masih belum beragama Islam tetapi sudah berbudaya (berpakaian, bercakap, makan atau lain-lainnya) seperti orang Melayu, terdapat hingga ke hari ini di Melaka. Kerajaan waktu itu tidak memaksa mereka menganut agama pemerintah, menekan atau menghalau keluar dari negaranya sendiri seperti yang berlaku dalam kebanyakan negara-negara minoriti orang Islam hari ini.

Golongan seperti ini (yang belum Islam) dalam Negara Islam disebut ‘zimmi’, bermakna ‘yang dijamin’ (yakni dijamin keselamatannya oleh kerajaan Islam). Bagi golongan yang telah menganut agama Islam dan berbudaya Melayu waktu itu, mereka sudah tiada beza dengan orang Melayu dan larut dalam bangsa Melayu. Bukan itu sahaja, bahkan dalam budaya Melayu pun sudah diresapi pengaruh Cina. Umpamanya istiadat payung kuning di kalangan raja Melayu, gelaran ‘biduanda Cina’, hang, silat kuntau, ukiran pagoda di masjid-masjid Melaka dan sebagainya.

Di situlah perlunya Masjid Cina atau Pusat Kebudayaan Cina, untuk kembalikan balik budaya Cina di kalangan orang Cina yang beragama Islam, atau kepada orang Cina yang baru hendak masuk Islam. Mengikut Mohd Ridhuan Tee Abdullah yang mempertahankan pembinaan Masjid Cina,

“… senibina pun adalah anugerah Allah hasil kreativiti manusia ciptaan-Nya. Justeru, ia perlu saling diraikan antara satu sama lain selagi mana ia tidak bercanggah dengan syariat. Inilah keindahan Islam. Lagipun, ia adalah alat dakwah yang membawa makna yang cukup besar.”

Begitupun, Masjid Cina bukan untuk orang Cina sahaja, seperti juga Masjid Melayu di Pulau Pinang dan Masjid India yang ada hampir di seluruh negara bukan digunakan oleh sesuatu bangsa sahaja. Jadi, ciri-ciri Masjid Cina perlu diluaskan perbincangannya. Konsep pembinaan dan peranaannya perlu diperjelaskan.

Seperti firman Allah SWT; ‘Wahai manusia, sesungguhnya Kami ciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku, supaya kamu saling kenal-mengenal.’ (Hujurat: 13)

Tidak timbul soal perkauman seperti yang dicanang oleh golongan yang tidak mahu pembinaan Masjid Cina. Contohnya, di bandaraya Pulau Pinang sendiri pun sudah ada Masjid Melayu, Masjid Capitan Keling, Masjid Benggali dan Masjid Pakistan, takde gaduh-gaduh pun?!

Berbalik kepada kertaskerja Ong Hak Ching lagi, terdapat 3 andaian hipotesis mengenai hal yang disebutkan tadi.

Pertama, tidak semua dari rombongan Puteri Hang Li Po itu memeluk agama Islam.
Kedua, Hang Too Ah, Hang Jee Fatt, Hang Lee Ker dan Hang Lee Kiew adalah keturunan Puteri Hang Li Po. (Semua nama-nama itu bermula dengan ‘Hang’.)
Ketiga, keempat-empat sahabat karib ini kemudiannya memeluk agama Islam, tetapi mengekalkan nama Cina mereka mengikut loghat Melayu.

Jadilah nama mereka seperti yang disebut dalam buku-buku sejarah Melayu sekarang, iaitu Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu. (Kalau perkataan tuah, jebat dan kasturi ada maknanya dalam bahasa Melayu, bagaimana dengan makna lekir dan lekiu? Tandanya nama-nama ini bukan asal dari Melayu..)

Mengenai Hang Kasturi menurutnya terdapat percanggahan pendapat sejak dulu lagi. Siapa pula sebenarnya yang derhaka kepada Sultan Melaka? Pengarang ‘Sejarah Melayu’ mengatakan Hang Kasturi, sedangkan pengarang ‘Hikayat Hang Tuah’ menyebutkan Hang Jebat.

Terdapat 3 andaian mengenainya.

Pertama, terdapat sesuatu yang unik dan tersembunyi tentang kedua-dua tokoh ini, sehingga tiada kata sepakat dari kedua-dua pengarang tersebut atau pakar sejarah lampau.
Kedua, pengarang ‘Sejarah Melayu’ menggunakan bahan dalam penulisannya, hanya secara mengambil pendapat lisan, dan tiada suatu penulisan terperinci, yang luas dan menyeluruh.
Ketiga, pengarang ‘Hikayat Hang Tuah’ nampaknya lebih formal, kerana menggunakan semacam bentuk kajian hingga dapat menggariskan hal-hal peribadi Hang Tuah secara detail.

Kesimpulannya, Hang Tuah adalah lagenda pahlawan Melayu. Ianya dijadikan simbol dan kemegahan Bangsa Melayu, walaupun sebenarnya beliau adalah orang Cina yang di ‘Melayu’kan. Begini asal usulnya menurut hipotesis itu…

Hang Tuah, adalah anakcucu kepada keturunan rombongan Puteri Hang Li Po berbangsa Cina, yang datang dari negeri China ketika pemerintahan Sultan Mansur Shah. Pendapat ini tidak sama dengan apa yang saya pernah sebutkan dalam tulisan pertama (Masjid Cina: Orang Cina Tolong Melayu. iaitu “…Mereka adalah pendekar-pendekar Cina yang dihantar oleh kerajaan Cina untuk mengawal puteri Hang Li Po”).

Nama asalnya ialah Hang Too Ah. Tetapi setelah memeluk Islam dan berkhidmat dengan Sultan Melaka, sebutan namanya ini telah bertukar menjadi Hang Tuah. Pengislaman Hang Tuah telah mempengaruhi rakan karibnya yang 3 lagi, iaitu Hang Jee Fatt, Hang Lee Ker dan Hang Lee Kiew, yang juga akhirnya masuk Islam. Mereka pula bergaul rapat dengan Kasturi, rakan sebaya yang berbangsa Melayu. Sebagai tanda persahabatan yang abadi, Kasturi pun diberi gelaran ‘Hang’, menjadi Hang Kasturi.

Mereka berlima mulai terkenal di kalangan istana apabila mereka berjaya menyelamatkan Bendahara Negeri Melaka dari serangan orang mengamuk. Mereka terkenal dengan nama-nama Melayu, walaupun mereka berempat berasal dari anakcucu Hang Li Po berbangsa Cina. Disebabkan tiada bantahan apa-apa jika dilihat dalam sejarah, maka orang Melayu waktu itu dikatakan boleh menerima orang Cina seperti saudara sebangsa mereka.

Pernah Saudara Kamal Koh, seorang pemimpin PAS Wilayah Persekutuan berbangsa Cina bercerita kepada saya, di mana beliau dan kawan-kawannya (semuanya berbangsa Cina yang sertai PAS) pernah berjumpa seorang tokoh pembangkang Cina yang terkenal di Malaysia. Mereka bertanya pendapat mengenai kemasukan mereka dalam PAS. Jawab pemimpin Cina tersebut…

“Maaf saudara! Saya sudah terlambat. Kalau saya masih berumur seperti saudara-saudara, saya juga akan memeluk agama Islam seperti saudara. Saya berseru kepada genarasi muda Cina supaya memeluk agama Islam. Berusahalah saudara-saudara menarik mereka kepada Islam. Kerana amat sukar bagi orang Cina untuk menjadi pemimpin negara yang majoritinya orang Melayu, kecuali kalau ia beragama Islam.”

Seorang Cina Muslim akan mendapat sokongan bukan sahaja dari kalangan orang Cina, bahkan juga dari kalangan orang Melayu. Buktinya, tokoh-tokoh Cina dalam PAS yang masih muda juga boleh diterima sebagai pemimpin di kalangan orang Melayu dalam PAS. Begitu juga dalam parti yang perjuangkan kebangsaan Melayu seperti UMNO, mereka juga boleh menerima orang yang bukan Melayu tulen menjadi pemimpin utama mereka, kerana ia beragama Islam, masakan bagi orang Cina Muslim tidak boleh? Nak tukar agama memang boleh, tetapi nak tukar bangsa mana boleh?!

Pernah akhbar ‘Tras Pembangunan’ bil 1 Nov 1991 (mungkin sekarang dah takde) menyebutkan, dua tokoh sejarah dan pendidik keturunan Cina, Prof Dato’ Khoo Kay Kim dan Dr Tan Ooi Chin sepakat menyatakan di mana perkara ini adalah terlalu unik dan perlu kajian yang mendalam. Menurut mereka, kita sepatutnya menunggu hasil kajian pengkaji-pengkaji di Hong Kong mengenai sejarah kerajaan Melaka berdasarkan sumber-sumber Cina.

Saya nak tanya, nak tunggu sampai bila? Dah 16 tahun dari tarikh kenyataan tu? Apakah ada golongan yang cuba menghalang?

Kini ada pula pandangan dan kajian terbaru menyebutkan nama sebenar Hang Tuah adalah Tun Saaban, iaitu Sultan Iskandar Muda Thani, Sultan Acheh. Gelarannya di Siam (Ayuthia) disebut Narai. Lihat blog, ‘sejarahnagarakedah.blogspot.com.’

Apakah langkah-langkah yang patut diambil untuk mewujudkan sebuah Masjid Cina di Malaysia?

Kalau mereka adalah orang dalam kerajaan, mereka mesti main peranan dari dalam. Pertubuhan-pertubuhan bebas, NGO-NGO, atau pertubuhan-pertubuhan Cina Muslim, pertubuhan-pertubuhan Islam hatta pertubuhan politik pun perlu turut campur. PAS juga patut memain peranan seperti dalam tulisan saya, ‘Pilihanraya Kecil Ijok: Mampukah PAS Perintaah Malaysia? (TranungKite Online April 2007)”

Jadi, tidak semestinya Masjid Cina itu dibina dan diusahakan oleh orang Cina (seperti pertanyaan dalam tulisan ‘Masjid Cina: Hang Too Ah & Misteri Masjid Tak Siap’ yang lepas)… Kalau betul Hang Tuah orang Cina itu boleh di ‘Melayukan’, takkanlah masjid-masjid unsur kecinaan di Melaka itu tidak boleh di ‘Masjid Cina’kan???

Catatan santai: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@ gmail.com)
16-05-2007

59 comments:

Unknown said...

Saya sebenarnya memang meragui dari dahulu lagi mengenai asal-usul bangsa Mealyu ini. Kalau diikutkan daripada teks Sejarah Melayu, ia tidak lain dan tak bukan hanyalah karya sastera klasik yang tak berkait langsung tentang asal-usul orang Melayu. Sumber-sumber dari orientalis pula kebanyakannya lebih kepada penipuan penjajah. Mungkin saudara pernah mendengar - " Sejarah dicipta oleh mereka yang berkuasa ". Maka yang berkuasa pada masa itu adalah golongan orientalis yang menjajah Tanah Melayu ini. Atas kuasa merekalah juga yang menggubah asal nyata bangsa Melayu ini mengikut acuan mereka, menjadi fakta yang sukar diterima akal kita, tapi dipercayai kebenarannya. Serupalah juga mereka menggubah kitab Bible pegangan mereka mengikut acuan mereka sendiri. Satu kajian terperinci patut sudah dimulakan mengenai Sejarah bangsa Melayu ini yang sebenarnya amat sukar dikesan dari segi rupa paras bangsa melayu ini sendir (kerana sudah bercampur dengan bangsa lain - masih relevan ke lagi kata-kata hikmat Hang Tuah " Takkan Melayu Hilang Didunia?"

saracenjedi said...

mmg sah....melayu lah yg akan jatuhkan melayu sendiri. Thank you for highlighting this. Semakin rendah la martabat & maruah melayu kita.

Just for the sake of argument. Do u know that the chinese ppl is one of the oldest race of the world? Their civilization is one of the 1st in the world as well & did you also know that there are chinese in every county of the world? Would it not surprise you that 70% of the world originates from china?

If pentingkan kan sgt keaslian & origins of ppl... then why arent America ruled by the native red-indians? Why arent australia ruled by the aborogines?

What about palestine? Are you saying its right for the israelites to rule the country based on origins? So what r u saying now? So that the malays are actually chinese? Hmmmm then i wonder why we cant converse in chinese? It should be simple enough as it should be our mother-tongue? Even if Hang Tuah is not a malay, do you think malaya is build around him? Pls dont corrupt the minds by your rhetorical ideals. It is bad enough now that the malays are in the brink of civil war. (of words)

Anonymous said...

Saya tertarik dengan pandangan Dr Mohd Hasyim ini..

Suatu kupasan yang berani ke arah penghapusan maruah bangsa Melayu. Kalau begitu erti 'maruah' pun perlu ditukar sudut pandangannya, tidak boleh dilihat dari sudut perkauman sempit.

Dr Muttaqin
Padang, Indonesia.

ezey said...

Assalamualaikum

bagi aku lah....sejauh mane pun kajian yg cube membuktikan Hang Tuah berasal dari kaum Cina n bukan Melayu tulen..lantaklah...yg penting selagi akal fikiranku menerima yg Hang Tuah sebagai Pahlawan Terunggul Melayu...itu sudah cukup...pasal masjid lak...kenape mesti ade Masjid Cina sedangkan masjid2 di Malaysia nie pun bukan masjid Melayu...Masjid Islam milik Allah S.W.T...kalu betul2 kaum muslim berbangsa selain Melayu nak beribadat...secara ikhlasnya kerana Allah S.W.T...nape mesti memilih masjid? tgk mane surau, madrasah or masjid terdekat....solat di situ..x jadi masalah pun....

Pasal kata2 Hang Tuah, "Takkan Melayu Hilang di Dunia"..itulah kata2 yg akanku PEGANG seumur hidup...kalu stakat keturunan je Melayu tp jiwa Melayu tu dah lenyap x guna...jadi ape yg penting dlm kata2 Hang Tuah tu adalah jiwa Melayu yg kukuh...kesetiaan pada Raja & Sultan yg tiada tandingan, ketaatan kepada Agama Islam dan Bangsa...itu yg kebanyakkannyer dah xder skang nie...but jgn ambil remeh coz masih ada di antara kita yg masih berpegang teguh kpd kekuatan Melayu...itu yg mengekalkan "TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA"...

"PEACE"

Assalamualaikum

khamal abdul hamid said...

Salam,

cuba lihat kupasan yang menarik tentang hang tuah di blog http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/search?updated-min=2007-01-01T00%3A00%3A00%2B08%3A00&updated-max=2008-01-01T00%3A00%3A00%2B08%3A00&max-results=50

wallahualam..

Anonymous said...

Siapa kata cuma ada 5 Hang sahaja dalam Sejarah Melayu? Ada 9 Hang kalau tidak silap yang menjadi kawan2 Hang Tuah dalam Sejarah Melayu/Sulalatus Salatin. Mengikut pengamal ilmu persilatan Melayu, Hang Tuah bukan nama sebenar. Begitu juga Jebat, Kasturi, Lekir dan Lekiu. Qarin mereka pernah diseru (secara menurun) dan pernah ditanyakan perihal hal-ehwal mereka. Satu sumber daripada pengamal kebatinan Melayu berkata Tuah dan Jebat adalah Melayu Bugis yang berasal dari tanah Riau. Kasturi adalah seorang India Muslim (mamak) manakala Lekir dan Lekiu adalah berdarah Cina(Cina Islam). Nama sebenar Tuah ialah Daeng Yahya, manakala Jebat pula ialah Daeng Ibrahim. Nama sebenar Kasturi pula ialah Abdul Rahman. Wallahualam.

Anonymous said...

cuba lawat blog ini baru diterbitkan jan 2010

http://alamjin-tuankelarias.blogspot.com

cerita dan gambar hang tuah etc

komando said...

The Malay Race is a fiction!
There is no real Malay, they are either Bugis, Achenese, Javanese, Minang, Batak or Orang Asli...

Worst some have Arab, Thai, Chinese, Pakistani & maybe even Israeli blood!

Can anyone proof to me that Mahatir is a Bloody MALAY and not a keling or mamak from India!

Ask all the clever historians what blood lines did all the previous PM's have from the first, till the current BUGIS fat arse NOW!

Come on folks Malays are so indifferent, there are scared that their identity is nullified
...check your DNA and see what roots you have, maybe even some are KUNTA KINTE lineage and are real ( BLACK AFRICANS)

WALK AROUND TOWN AND SEE, SOME MALAYS THAT ARE REAL DARK, BLACK AND HAVE SHORT & CURLY HAIRS ON THEIR HEADS, JUST WONDER HOW COME THEY LOOK LIKE THAT AND CALL THEMSELVES "MELAYU" !

I am sure we Malaysians are all CONSIDERED one race the "HUMAN RACE", OTHERWISE FORGET ABOUT IT AND GO BACK TO MARS, JUPITER OR SATURN!

SO TO ME: "MELAYU AKAN HILANG DARI DUNIA INI JIKA MEREKA MASIH TERUSKAN MENJADI BODOH DAN TERUS MENJADI SOMBONG" !

HAVE A GOOD DAY ! Specially dedicated to all the Melayus....

malaysia baru said...

Bangsa apa pun..tak ada keistimewaan..kecuali masuk Islam...then baru selamat dunia dan akhirat.

Con Skaltsas said...

Melayu merujuk kepada "bangsa yang tinggal di gugusan kepulauan Melayu, walaupun org itu kaum keturunan Jawa, Cina dan sebagainya.. asalkan mereka mengamalkan cara hidup org Melayu, mereka ialah Melayu".

Walaupun Hang Tuah berketurunan kaum Cina sekalipun, beliau seorang nationalis yg sayangkan tanah Melayu sebagai bangsa Melayu.

Definisi Melayu sebagai "bangsa" pada 500 tahun dahulu tidak sama dengan definisi Melayu pada zaman sekarang yg merujuk kepada salah satu kaum keturunan daripada 3 kaum utama yg membentuk "bangsa Malaysia" di "negara Malaysia".

500 tahun dulu yg wujud ialah satu Tanah Melayu, satu kerajaan Melayu (=Islam) Melaka dan satu bangsa Melayu tak kira apa kaum sekalipun.

tulisan lanjut di:
con-skaltsas.blogspot.com

Anonymous said...

Buat serabut kepale otak korang je... Ape yg aku tau,aku melayu jawa.. keturunan Melayu ni meluas dan pelbagai... Bagi aku,asalkan aku islam sudah syukur ya allah... Penyelesain utk sume ni adalah... Kite sama2 saksikan di padang masyar nanti...:-)
Cube la ko kaji tentang iluminati(dajal)..kite di era dorng ni.. Kasi bukak skit hati2 buta korng tu.. Wasalam

Rez a.k.a Stim said...

Cube bce pndapat aku ni,5 pahlawan tu trdiri dri bangsa melayu,cina,dan india... Cntohnye tuah dn jebat.. asal ko nk kaitkn hang too ah pulak..o0 psal nme mmb de bunyi cine ko pun petik la die cina... Dah terang2 nme sebutanye melayu..so confirm la die orng melayu.. Dan hang kasturi pulak,ko takleh nk translate nme die dlm ayat cina,then ko ckp la die orng melayu plak,cme dberi glaran hang..cmtu? So klo cmtu ada kmungkinan gelarn 'hang' juga dberi kpde tuah dan jebat.. Bg hang lee ker dn lee kiu,ha yg ni dorng ni mmg cina..mgkin dua ni nk kuatkn lg prlindungn kpde putri hang li po..so die cri la mmb2 kt tanah melayu yg kuat.. pastu jmpe la tuah,jebat dan kasturi,dan sbb tu la tuah,jebat dn kasturi dberi gelaran 'hang' coz jge putri cina la ktekan... Then klo dorng leh pkai gelarn cina..asal lee kiew dn lee ker tak leh tuka nme plak..? Tak fair la kan.?mamat cine ni pun tuka la nme jgak,so jdi la lekir dan leqiu.. Mugkin mengarut fakta aku ni,tp cbe fikirkan..disebabkan 'hang' korng sume jadi 'hang'(stuck)...
Wasalam..

shazrin said...

stop blaming others.. ini cuma kajian.. we should respect.. dan jika kita mempunyai bukta lain yang kukuh. ketengahkan untuk perbincangan bersama..

thanks for the issue..
sangat bagus untuk diselidiki lebih lagi..

Alhamdulillah said...

Sabda rasulullah saw:"Sesiapa yang taat kepada Ku, beerti ia taat kepada Allah, sesiapa yang derhaka kepadaKu bermakna dia derhaka kepada Allah; sesiapa yang taat kepada pemerintah bermakna ia taat kepadaKu, dan sesiapa yang derhaka kepada pemerintah bermakna ia derhaka kepadaKu." (Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, An-Nasa'i dan Ibnu Majah).

Rasulullah saw bersabda:"Barangsiapa melihat pada diri pemimpinnya ada sesuatu yang ia benci hendaknya ia bersabar, sebab siapa yang memisahkan diri dari Jama'ah walau sejengkal kemudian dia mati, maka matinya seperti mati Jahiliyyah." – shahih muslim 3428


Sesungguhnya pergorbanan Hang Tuah dikenang hingga ke akhir zaman....pergorbanan Hang Tuah menjadikan Melaka kembali menjadi kerajaan yang utuh di bawah pimpinan sultan yang berdaulat...bayangkan sekirannya Tuah memberontak...apa akan terjadi pada empayar Islam Melaka yang punyai jajahan merata nusantara? Apakah nasib rakyat nusantara yang melihat keruntuhan empayar Islam Melaka? Apakah nasib agama Islam sekirannya orang Islam berpecah belah?

daniallela said...

komando_"The Malay Race is a fiction!
There is no real Malay, they are either Bugis, Achenese, Javanese, Minang, Batak or Orang Asli..."

Answer: why r u so stupid..malays are universal..be it Bugis, Achenese, javanese, etc, they are all malays, understand?

"Worst some have Arab, Thai, Chinese, Pakistani & maybe even Israeli blood!"

Answer: whats wrong with that? we are proud to have so may lines of blood. even the englishman has anglo-saxon, nordish, franks etc.?

"Can anyone proof to me that Mahatir is a Bloody MALAY and not a keling or mamak from India!"

Answer: whats wrong with mahathir having indian blood, and malay. doesnt have to proof that, his mother is a malay..!

"Ask all the clever historians what blood lines did all the previous PM's have from the first, till the current BUGIS fat arse NOW!"

Answer: mind you, my stupid friend, bugis is only ethnic group..like han and manchu! understand?

"Come on folks Malays are so indifferent, there are scared that their identity is nullified
...check your DNA and see what roots you have, maybe even some are KUNTA KINTE lineage and are real ( BLACK AFRICANS)"

Answer: indifferent?? no, we are proud that the malay race..has been around the world long time before your race did!. whats wrong with kunta kinte? are your race bloody racist??

"WALK AROUND TOWN AND SEE, SOME MALAYS THAT ARE REAL DARK, BLACK AND HAVE SHORT & CURLY HAIRS ON THEIR HEADS, JUST WONDER HOW COME THEY LOOK LIKE THAT AND CALL THEMSELVES "MELAYU" !"

Answer: are you jealous, they want to call themselves malay? if they speak malay and follow the malay custom, can you call them chinese?

"that
I am sure we Malaysians are all CONSIDERED one race the "HUMAN RACE", OTHERWISE FORGET ABOUT IT AND GO BACK TO MARS, JUPITER OR SATURN!"

Answer: tell that to the chinese government to treat uighurs and other ethnic non han as chinese..!
and you can also tell that to obama, that we are one race..otherwise, you go to hell!

"SO TO ME: "MELAYU AKAN HILANG DARI DUNIA INI JIKA MEREKA MASIH TERUSKAN MENJADI BODOH DAN TERUS MENJADI SOMBONG" !"

Answer: pa pasat ciakap itu maciam? kita sombong ka, lu? melayu tak boleh hilang maa, kita universal..

"HAVE A GOOD DAY ! Specially dedicated to all the Melayus...."

Answer: good day to you too..ultra-kiasu

daniallela said...

Anon_"Satu sumber daripada pengamal kebatinan Melayu berkata Tuah dan Jebat adalah Melayu Bugis yang berasal dari tanah Riau. Kasturi adalah seorang India Muslim (mamak) manakala Lekir dan Lekiu adalah berdarah Cina(Cina Islam)."

HAHAHAH, satu Malaysia..
Semua ni timbul, sebab 'Hang'.

Dalam sejarah melayu, banyak lagi nama 'hang', cina ke semua tu ?. jadi, yang perempuan pulak, banyak nama 'Dang'. cina ka?
mesti tak ngaku, sebab nama 'dang' tak gah macam 'Hang'.

Macam kata azli Iskandar, banyak fakta di ubah, macam bible.. sepatutnya, kata terakhir Hang Tuah, adalah "Takan Hilang Cina di Dunia"...haiyaaa..

Anonymous said...

Aku setuju dgn hang...habisla..klu mlyu "hang" kna kencing dik pmkn babi ni

Unknown said...

saya seorang anak jati melayu,pantang ada pihak yang seakan akan merendahkan tok tuah,nama BONDA hang tuah ialah dang merdu,AYAHDA hang tuah hang mahmud... persoalannya,ada ke org cina nama dang merdu zaman tu?n nama mahmud bg yang lelaki??jangn jadi bodoh bangsat cina... kurang hajar betul.. kajibalik elok2 wahai orang melayu,jangan jadi pembelot bangsa..

Unknown said...

saya seorang anak jati melayu,pantang ada pihak yang seakan akan merendahkan tok tuah,nama BONDA hang tuah ialah dang merdu,AYAHDA hang tuah hang mahmud... persoalannya,ada ke org cina nama dang merdu zaman tu?n nama mahmud bg yang lelaki??jangn jadi bodoh bangsat cina... kurang hajar betul.. kajibalik elok2 wahai orang melayu,jangan jadi pembelot bangsa..

Unknown said...

kepada yang nak berselndung cakap menggunakan bahasa english,kamu seperti membuktikan pengkhianatan kepada melayu... darah tok nenek kita banyak tertumpah demi untuk menjaga air muka bangsa,jangan jadi balaci barua... kalau pikir logik akal,cina maen keris ke??ke cina sesat masuk melaka masa 2??wei cakap pakai otak la..jangan pakai hentak..

Anonymous said...

Puteri Gunung Ledang @ Riangga. Adakah Puteri Gunung Ledang telah meninggal dunia? Kalau Puteri Gunung Ledang tidak meninggal dunia, dimanakah beliau sekarang? adakah beliau sudah ghaib dan menjadi salah seorang kaum bunian di Pergunungan Ledang? Apa pula pandangan Puteri sendiri tentang Hang Tuah? Jom kita dengar...Anggaplah ia sebagai satu pembacaan yang ringan

http://bentaratujuh.blogspot.com/2012/06/kisah-riangga.html

Anonymous said...

okayy ,, klu nak tauu ,, nama sebenar puteri Hang Li Poh hanya Puteri Li poh ... lepas dia dh kahwin dgn Sultan Melaka x silapp sya Sultan Mansor Shah masa tuhhh .... Sultan Mansor Shah bgi gelaran ' Hang ' kpda puteri Li poh ... jadikk Puteri Hang Li Poh ... & klu nak tau ,, ' Hang ' x silapp sya hanya suatu gelaran org melayu dulu2 .... mcm Hang Tuah ,, nama nya Tuah jaa ,, tpi d tambah kan ' Hang ' ... mcm gelaran ' Tun ' , ' Tunku ' , ' Dang ' , etc ... WALLAU'ALAM .... x kan MELAYU hilang d bumi !

Anonymous said...

Hahaha.Lawak dan lucu betul la penulisan karya blogger yang tak bertauliah sejarah ni.Mungkin blogger ni apa? MELAYU PERANAKAN ke? Pandangan beliau tak masuk akal.Takkan ada orang bukan Melayu yang beria-ia sangat nak pertahankan kaum bukan bangsa sendiri.Tapi saya percaya, banyak Melayu suka nak busukkan kaum sendiri, sampai nak tulis balik sejarah.Ibnu Hasyim...kau balik lah ke tanah Arab kalau kau rasa kau tu macam arab sampai nak pakai nama Arab.Saya pun ada baca satu blog lagi yang kata Hang Tuah sebenarnya mamak...lucu juga yang ini.Semua penulis blogger gini memang macam "ulau belingkau tepi pagau" - membelit2kan cerita fantasi ikut suka diye.
Mak Cik Kiah

Unknown said...

Kaji balik kenapa..org belah utara panggil hang mksud awk kamu..Tuah..bermaksud nasib baik..sangat istimewa..Hakikat bagsa trletak pada diri sendiri..ape motif kite buat artikal bloger..dgan kita sendiri tk tahu..apa yg dceritakan(seperti org mabuk)..dgn andaian dn sagkaan..yg tak tahu mana halanya..Jdi lh bloger yg bijak pandai..supaya tiada cemuhan...mengudang kena kepala sendiri...

Unknown said...

Lagi satu.
sekiranya penulis bloger mengambil cerita logik yg tk tahu mana halanya...disini cerita bole saudara ambil logiknya juga..contoh logik ker klu mamat Ali Abu kasim leman..lain2 mk bapak..di depan nama ade nama serupa..(hang)hang Ali hng abu hng kasim hng leman....logik ker atau secara kbetulan..fikir2 kn..sama juga gelaran diberi pada 5 pahlawan nie..ddpan ada hang...disini kite ambil kajian..susah tentu dn pasti ada seseorg pemerintah iaitu..(sultan) yg beri gelaran yg istimewa pada pahlawan ni..lbih kurang pagilan istimewa..utk org2 yg diberi kepercayaan..atas jasa seseorang tu....Dan klu zaman kita ni apa gelaran untuk..org yg berjaya Dan berjasa..susah tentu gelaran (Dato)..yg diberikan darjat oleh sultan...Sama jua lh..berkemunkinan..panggilan(hang)adalah satu gelaran pada suatu ketika dulu....wallahuaklam..peach...

Unknown said...

Yg bestnya ..andaian blogger agak logik kebudakan..dsebbkn kasturi..kwn dgan..4 pahlawan ni..kasturi masuk name cine hang kasturi..dn sape pulak beri gelaran tu.hang li po ker......fikir fikir lh..sebelum buat sesuatu blogger....yg mmbuatkn org org merendahkn..anda berfikir....kembalilh pada jln2 yg sebenar..

Anonymous said...

Dari kajian di atas Hang Too Ah sememangnya Cina berasal daripada keturunan Maharaja Disnasti Han China. Diantara Maharaja China yang terkenal zaman itu ialah Maharaja Han Wu Ti. Apa guna kita pertikaikan. Keturunan Han Li Po kesemuanya telah diasimilasikan menjadi Melayu kerana rapatnya mereka kepada Sultan Melaka, Sultan Mansor Syah yang telah menjadikan Hang Too Ah dan disebut kekasih Sultan. Sila baca sejarah Melayu. Oleh sebab itu Hang Too Ah sebegitu taat setia kepada baginda sultan. Hang Jee Fatt dan Hang Lee Ker pula adalah diantara keturunan pahlawan-pahlawan yang dihantar oleh Maharaja Cina untuk melindungi menantunya dari serangan Siam. Orang yang setia kepada Sultan masa itu kita boleh kata hamba yang tak kisahpun kalau diasimilasikan menjadi Melayu. Dan ianya amat sesuai dengan adat-istiadat istana Maharaja China dengan pengiring yang taat setia. Di Indonesia pula Baba dan Nyonya itu ramai dipulau Bentan yang di katakan tempat kelahiran Hang Tuah.
Begitu juga dalam sejarah Indonesia Wali Sanggoh juga adalah antara keturunan pahlawan-pahlawsan muslim dari negara China. Inilah kenyataan sejarah yang mesti kita terima. Sekian Walahualam.

Samurai said...

Pada pendapat Cg
Makna melayu dlm bahasa jawa lari
Makna halus 'LARI'
Berpindah pindah ataupun hijrah
Dari satu tempat ke satu tempat yg lain
Tak hairanlah kalau tiada kaum yg asli

Anonymous said...

Menurut Andaya (2002), Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Kasturi adalah pemimpin ulung kaum Orang Asli. Kekuasaan Orang Asli dalam pemerintahan Melaka serta kerajaan-kerajaan melayu yang lain mengalami kemerosotan dengan kematian ketiga-tiga tokoh ini. Pendapat ini dipetik dari Pagan Races of the Malay Peninsula, Macmillan, London 1906 karangan Skeat, W.William and C.O. Blagden.

Andaya juga memetik pendapat Juli Edo, seorang ahli antropologi dari etnik Semai yang mengatakan bahawa Hang Tuah dan Hang Jebat adalah Orang Asli. Hang Tuah ialah Orang Jakun (Winstedt, 1935). Hang Tuah dan keluarganya berpindah ke Hulu Perak selepas kematian Hang Jebat.

Unknown said...

Tiada guna berbalah. Rasa kelakar pulak bila baca comment orang yang melayu yang cepat melatah "Pantang Melayu Dicabar!". Macam bodoh. Saya perbendapat bahawa kaum Melayu ni adalah kaum yang terlalu selesa dalam keadaan semasa sehinggakan terlalu takut untuk menerima sebarang perubahan ataupun 'keluar daripada kotak keselesaan'. Kalau difikirkan dengan logik akal, tanah melayu ni pernah didatangi oleh pelbagai bangsa suatu ketika dahulu seperti cina, arab, india, Indonesia dsb. Kalau dikatakan orang melayu ni penduduk asal tanah melayu, apakah buktinya secara zahir? Kalau penduduk asli Tanah melayu menagapa tidak digelar Orang Asli? Kenapa orang Melayu digelar Melayu dan bukannya Pribumi seperti mana orang Asli? Jelas sekali 'Melayu' yang kita terlalu agung-agungkan selama ini tidak kurangnya berbanding 'penjajah' kerana jelas sekali orang melayu ini datangnya dari pelosok negara luar seperti Indonesia(terutamanya/jelas sekali), India dan China. Mengapakah Sultan Melaka digelar Melayu sedangkan parameswara asalnya daripada Indonesia? Mengapa orang Indonesia sendiri tidak pernah mengatakan diri mereka itu orang melayu. Perkataan 'melayu' itu sendiri datangnya daripada india. Dimana ketika Raja Kalinga menjejakkan kaki ke Kedah Tua pada ketika itu, beliau lihat keaadaan muka bumi yang berbukit bukau (iaitu MALAI) serta penghuninya terdiri daripada orang2 yang tidak memakai baju hanya daun menjadi pelapis dan daripada sanalah bermulanya nama MALAI (berbukit bukau) UR (negeri/daerah) maka terjadilah MALAIUR dan lama kelamaan jadinya MELAYU seperti disebut sebutkan kini. Raja Kalinga dimana warisnya adalah pengasas kepada kerajaan Kedah Tua. Kisah ini tercatat dalam sebuah kitab sejarah di arkib negara india. Apakah buktinya? Mudah, dalam buku teks sejarah sekolah ada menyatakan bahawa kedah tua asalnya menganut agama hindu dan hindu sudah jelas sekali datangnya daripada India. Ini sangat kelakar sama sekali kerana Melayu yang kita bangga banggakan ini adalah nama tanah yang didiami oleh manusia yang terdiri daripada pelbagai pelusuk kaum dan etnik dan lama kelamaan akhirnya terjadilah 'Bangsa Melayu'. Hali ini juga tidak kurang seperti rakyat indonesia yang menggelarkan mereka bangsa indonesia.

Unknown said...

Konsep 'Bangsa' itu sendiri adalah terdiri daripada sesuatu kelompok etnik manusia yang telah mendiami sesuatu tempat itu dengan lama. Sama juga seperti bangsa Arab (arab saudi, jordan, palestin dll), Bangsa Parsi (Iran), Bangsa Turk (Turki), Bangsa German (Germany), Bangsa Irish (Ireland), Bangsa Polish (Poland), Bangsa Bolshevik (Russia), bangsa Korea (Korea), bangsa Cina (China, Taiwan, Hong Kong dll), bangsa Jepun (Jepun) dan sebagainya. Apa yang saya hendak buktikan ialah manusia yang sama warna kulit, rupa, serta wajah pun digelar bangsa yang berlainan. Cuba adat dan bahasa sahaja menjadi perantaraan. Jadi mengapa orang Melayu masih sukar menerima kenyataan? Masih lagi kebanyakannya bersifat rasis dan prejudis terhadap bangsa lain? Saya sebagai bangsa Melayu sendiri sangat malu dengan pemikiran 'Dalam Tempurung' bangsa sendiri. Kerana bangsa melayu malu jika mereka dikaitkan dengan asal keturunan bangsa lain contohnya seperti india (takut dilabel keling). Tapi asalnya bahasa yang kita tuturkan ini pun banyak persamaan dengan bahasa Tamil dan Hindi seperti misai, sambal, camca, rasta, bumi, rehat dan lain lain. Malah adat adat kita sendiri pun ada susur galur india itu sendiri misalnya malam berinai pengantin. Kita manusia yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan asal usul. Janganlah kita menjadi rasis dan saling membenci. Senang kata, 'bangsa' ini bukan aras pengukur kemegahan seorang manusia. Orang melayu hanya bergantung pada konsep ketuanan bangsa yang dimana diharamkan dalam islam itu sendiri. Orang melayu perlu membuka minda, belajar terima semua bangsa dengan hati terbuka tanpa menilai warna kulit dan asal usul serta berhenti daripada mendengar hasutan radikal pejuang melayu yang hanya menjerumus kepada perbalahan dan pergaduhan yang sia sia. Ikut cara ISLAM, BUKAN CARA MELAYU. Assalamualaikum.

remaja gayung perkasa said...

salam,saya nak tanya sikit berkenaan apa Tuan tulis ni dari segi makna nama.. apa maksud hang too ah dalam bahasa cina?? dalam pencarian saya ( xda maksud ) perkataan tu.. maksud yg merepek2..

yang kedua,pelik tak kata ganti nama melayu hang,den,awok,mike,kome,mu,muma,deme??? persoalan kata ganti nama ( HANG ) kata ganti nama?? pernah dgr tak?? yang kata ganti nama tu kau nak cakap datang dari mana plak?? india,cina,vietnam,pakistan,amerika,??? pllss jawab...

jangan jadi bingai!!

melayu 500 tahun dulu termasuk melayu indonesia,melayu singapura,melayu filipina,kemboja,fatani,jawa, dan rata2 berketurunan melayu yang membuktikan pengaruh bangsa melayu yang luas... apa yg ad dgn cina??? pahlawan cina seperti fok yuen kap,wong fei hong, n cari lagi nama n cuba tkar ke nama bahasa melayu plak.. boleh ke??

Sebenarnya ini cubaan menghapus sejarah ataw kemegahan melayu,nak tahu hebat dan ulung melayu, AKU CABAR datang la n rasa la sendiri taring yang dah lama disimpan,gah bertuan KAN adat dan ilmu.. aku cabar penjilat punggung cina dari bangsa melayu,ataw bangsa2 yang benar nak rasa sendiri sengatan melayu, seperti kematian bruce lee, tiada rakaman atw bukti..

remaja gayung perkasa said...

Memang banyak diperkatakan tentang Hang Tuah berketurunan Cina, terutama setelah Wawasan 2020 diumumkan oleh seorang perdana menteri yang mengubah paradigmanya, dari pendukung ketuanan Melayu kepada pendukung meritokrasi, serta pendukung teori bahawa orang Melayu, berasal dari imigran Indonesia.

Walaupun Hang adalah satu nama keluarga Cina, Hang juga adalah satu gelaran kepada orang Melayu zaman dahulu, seperti Tuan, Wak dan Wan. Dalam loghat orang Melayu Kedah, Hang adalah satu panggilan yang sudah lama dipakai, dan perdana menteri kita juga menggunakannya bila berinteraksi dengan rakyat Kedah yang sering bergaul dengannya.

Dalam sejarah orang Melayu, Hang Tuah adalah anak kepada Hang Mahmud dan Dang Merduwati dari komuniti Orang Laut Bintan, satu daripada suku kaum Orang Melayu Asli, nenek-moyang kepada orang Melayu Deutero (Melayu “Melayu”) seperti Sdr. Mahathir, Sdr. Anwar Ibrahim dan Sdr. Abdullah Ahmad Badawi yang kita hormati.

Ayah Hang Tuah adalah batin kepada Orang Laut Bintan, dan seorang panglima perang Sultan Iskandar Shah, sultan Melaka yang pertama (baginda yang bergelar Parameswara atau Permaisura sebelum beragama Islam). Hang Mahmud terlibat dalam pembukaan negeri Melaka oleh Sultan Iskandar, yang sebelum itu bersemayam di Kelang, Palembang, Singapura dan Muar, sebagai maharaja empayar Sri Vijaya atau Selangor Tua.

Empayar Sri Vijaya adalah negara yang merentasi Selat Melayu atau sekarang dipanggil Selat Melaka. Ia didirikan oleh Orang Laut Kelang seawal abad ke-2, dan berpusat di beberapa ibu negara, seperti Kelang, Kuala Selangor, Siak Sri Indrapura, Jambi, dan Palembang. Negara ini juga dipanggil Selang Ur (Selangor) iaitu negeri Orang Selang (atau Orang Selat). Orang Selat adalah orang yang memanggil dirinya sebagai Orang Melayu sempena bukit tempat istana raja mereka didirikan.

Hang Mahmud, selain berdarah Orang Laut Bintan, juga berdarah Orang Laut Sulawesi, iaitu Orang Bugis. Keluarga diraja Bugis selalu berdagang dengan keluarga diraja Melayu Sri Vijaya, dan putera raja Bugis berkahwin ke dalam keluarga batin Orang Laut Bintan, yang memimpin angkatan laut Sri Vijaya dan Melaka. Jadi, Hang Tuah melalui bapanya berdarah raja Bugis. Begitu juga sahabat karibnya Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu. Mereka adalah anak-anak saudara Hang Mahmud.

Orang Bugis adalah golongan Melayu Asli Borneo (nama betul pulau itu adalah Brunei sempena suku kaum Brunei yang paling berkuasa dan mendirikan negara mereka sendiri). Mereka dan juga orang Melayu Asli lain yang menghuni seluruh kepulauan Melayu asalnya tinggal di pulau Brunei. Orang Melayu Asli pulau Brunei pula, berhijrah dari tanah besar Asia Tenggara, tempat asal bangsa Melayu.

remaja gayung perkasa said...


Mengenai Hang Li Po, puteri dinasti Ming di China itu adalah Li Po sahaja dan panggilan Hang diberi kepadanya oleh Sultan Mansur Shah, yang mengahwininya. Hang adalah panggilan rakyat jelata yang berkhidmat untuk Sultan Melaka menerusi sistem kerah. Ini melibatkan ketua-ketua orang Asli (Melayu Proto) dan orang bukan Melayu, termasuk yang menjadi isteri muda raja-raja Melayu. Anak Sultan Mansur dengan Li Po bergelar Paduka Tun Mamat kerana dilantik sebagai pembesar yang menjaga daerah Kelang (sekarang Selangor moden), satu daripada ibu negeri kedua Melaka, selain daerah Johor.

Hang Tuah bukan pengikut Hang Li Po kerana Hang Tuah adalah menteri pertahanan atau Laksamana Melaka semasa Sultan Mansur Shah melawat negara China untuk meminang puteri Li Po. Hang Tuah mengiringi Sultan Mansur Shah ketika melawat negara China kerana dia adalah Laksamana Melaka, yang anggota tenteranya adalah Orang Laut Bintan

Mengenai Hang Jebat, dia tidak menderhaka kepada raja dalam erti kata yang sebenar. Hang Jebat memberontak kerana Sultan Mansur Shah menghukum bunuh Hang Tuah, yang difitnah oleh ejen Siam, musuh tradisi Melayu Melaka. Bapa saudara Sultan Mansur, Bendahara (Ketua Menteri) Tun Perak, yang menjadi orang kuat Melaka yang sebenar, tahu bahawa Hang Tuah tidak berzina dengan isteri raja. Dia menyembunyikan Hang Tuah di Kelang. Tun Perak telah menasihati Sultan Mansur Shah berangkat bersama keluarganya dan pembesar lain ke Kelang semasa Hang Jebat menguasai Melaka. Di sana, Tun Perak telah membawa Hang Tuah mengadap sultan, dan sultan telah mengampunkan Hang Tuah.

Pengunduran sultan Melaka ke ibu negeri keduanya, Kelang, adalah satu taktik strategik yang dirancang oleh Tun Perak yang bijak. Tun Perak adalah pakar perang secara pengunduran strategik, satu taktik yang berjaya menangkis serangan Siam ke atas Melaka dan Johor. Dari Kelang, Tun Perak, Hang Tuah dan Sultan Mansur telah mengumpulkan tentera-tentera dari negeri-negeri naungan Melaka seperti Kedah, Kelantan, Siak, Minangkabau dan Mandahiling. Tentera ini telah mengalahkan Hang Jebat yang mentadbir Melaka sebagai “wakil raja”. Hang Jebat telah ditangkap oleh Sultan Melaka dan dihukum bunuh. Tetapi Sultan Melaka telah membenarkan Hang Jebat, yang pernah berjasa kepadanya, memilih cara hukuman.

Hang Jebat telah meminta supaya orang yang paling kuat dan berani di empayar Melaka bertikam keris dengannya. Akibatnya, Hang Tuah, yang disangka mati, telah dihantar oleh sultan untuk bertarung dengan Hang Jebat.

Kita tidak akan tahu sama ada Hang Tuah benar-benar membunuh Hang Jebat. Atau adakah Hang Tuah membunuh seorang penjahat dan mengatakan kepada Sultan dan Bendahara bahawa Jebat telah mati. Disebabkan Hang Tuah adalah sahabat baik Tun Perak, dan Tun Perak adalah orang yang paling kuat di Melaka, Hang Tuah mungkin telah melepaskan Hang Jebat dan membunuh seorang penjahat.

Unknown said...

I like your comment so much... respect you bro !

Unknown said...

melayu mcm penulis ni lebih elok xda dri ade. melayu mcm ko la yg byk buat org keliru ttg asal usul hang tuah. hang mmg melayu yg layu.. tuihhh

Unknown said...

melayu mcm penulis ni lebih elok xda dri ade. melayu mcm ko la yg byk buat org keliru ttg asal usul hang tuah. hang mmg melayu yg layu.. tuihhh

Unknown said...

Hahahaha masyallah masyallah... Kita semua berasal Dari ADAM so lama2 pecah2 jadi la mcm2 releks2 banyakan bersabar insyallah.. buang sifat ego smua tu insyallah.. salam rejab ��

Unknown said...

Jelas karangan diatas adalah karut & mengarut. Pertama, tampak fitnahnya bila dia katakan bahawa Puteri Hang Li Po dan keturunannya memelok agama islam atas asbab hijrah ke Melaka, tapi hakikat kerajaan China dikala itu adalah empayar China Islam..

Hang Tuah bersaudara itu juga jelas berbangsa melayu. Ini dapat dilihat dari tinggalan amanatnya yg berbunyi, "Tidak melayu hilang di dunia".

Namun saya berminat untuk mengetahui kisah sebenar hang tuah ini karena terdapat pelbagai kisah yang berbeda tentang sejarah dan hikayat Hang Tuah ini.

Tentang siapakah anaknya, dan anak Hang Jebat, tentang kematian Hang Tuah dan banyak lagi..

Siapa sahaja yang ingin berkongsi atau bertukar maklumat tentang Hang Tuah 5 bersaudara ini boleh terus hubungi saya di e-mail sy.esfahan@gmail.com, atau fb saya, Abu Amirul Sy Zayeed, atau whatsapp saya ditalian +60197892241..

Terima kasih..

Anonymous said...

ada fakta ka megatakan wali songo dari china,kbayakan wali songo kacukan arab,dri syyid hussin jumadil kubro trang2 dri arab yaman mnetap di india,jng suka2 hati ubah fakta,ckop la brg skrng byk made in china jng sjarah pun tkr made in china,"takkan melayu hilang didunia"knpa hang tuah tak ckp "takkan cina hilang didunia"jika dia org cina knpa nk ckp psl mlayu lak,ada 2g hang org cina hebat juga depa ni "HANG PERCAYA HANG BODO",kata2 org utara "hang dok kencing apa".

Anonymous said...

sebelum bercakap lihat skeliling dlu,sblum kata kita melayu rasic pmikiran DALAM TEMPURUNG,berapa bangsa yg hidup aman dimalaysia a.k.a tanah melayu,dimana point yg kata melayu rasic sdang kan kita hidup berbilang bangsa,jng krana nila stitik rosak susu sbelaga,keling itu islam buat apa nk malu byk ulama sufi keling yg hebat2,empayar keling yg hebat dinasti mongol,cuba cari asl bhasa india.

Unknown said...

melayu rasic,melayu rasic,melayu rasic hari2 aku dngr org kata melayu rasic,tpi sebenarnya dimana n pyebab apa kata malayu rasic,kdang2 aku xpham dimana rasic tu,sdngkan kita hidup berbilang bangsa,knapa cuba bgkit kan isu rasic,cuba kita lihat singapura brapa rmai org mlayu singapura bjawatan didlm krajaan,adakah itu tidak rasic,prnah xkita dngar scara umum org mlayu singapura ckp psl isu rasic,smua bangsa didunia ni sma mrka akn utamakan bngsa mreka dlu.

juon said...

we are all human...from Adam ...

bb501 said...

Ok, ini kelakar. Hipotesis terlalu dangkal, copy paste, dan syok sendiri.

1. Selain Hang Tuah 5 Saudara, ada beberapa orang lagi yang dianugerahkan gelaran "Hang" pada panggilannya. Antaranya ialah Hang Ali, Hang Iskandar, Hang Hassan dan Hang Hussin. Cuba bagitau sikit apa nama cina diorang ni semua?

2. Mengikut sejarah, Puteri Li Po itu hanya dapat gelaran "Hang" selepas dia kahwin dengan Sultan Mansur Shah. Sebelum tu dia takde guna pun nama "Hang". Dan dalam sejarah Cina, dia takde pun letak nama "Han Li Po".

3. Selain "9 Hang" yang dah disebutkan tadi, anak Hang Jebat iaitu Nadim juga menggunakan panggilan "Hang" sewaktu zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah.

4. Perkataan "Hang"tu adalah nama gelaran yang diberikan oleh Sultan Melaka dan tarafnya sama macam pangkat "Dato'" sekarang nie.

5. Konon takde catatan tentang Hang Tuah sebelum kedatangan Hang Li Po juga amat menyedihkan. Tak pernah baca Sulalatus Salatin ke? Atau Hikayat Hang Tuah? Paling terbaru ialah "Tuah:Catatan Okinawa".Habis tu yang selamatkan Bendahara Tun Perak dari orang ngamuk tu siapa? Hantu raya?Yang lawan lanun tu siapa? Jembalang tanah?

6. Selain perkataan "Hang", ada beberapa lagi nama panggilan dalam alam Melayu yang orang tak guna lagi dah (kalau ada pun jarang-jarang), antaranya Daeng, Ambok, Ngingseh, Nyai, Sura, Asak, Adi, Wak, Kula etc. Yang masih aku dengar orang guna lagi ialah Wan, Nik, Syed, Sharifah, dan Don.

7. Dan yang paling tak masuk akal ialah dakwaan tentang Tuah Bersaudara tu adalah cucu cicit Hang Li Po. Biar betik diorang ni? Hang Li Po datang Melaka sekitar tahun 1459-1460 gitu. Anggaran umur dia pulak sekitar 17-22 tahun. Tahun 1459 tu umur Hang Tuah jek dah 28 tahun. Macamana pulak dia lagi tua tapi dia yang jadi cucu-cicit siot?

8. Jangan mudah terpengaruh sangat tuan-tuan dengan orang yang nak hapuskan bangsa melayu nie. Diorang dah lama plan nak hapuskan sejarah kita. Bertahan la, bersabar la...

Luth Hafidz said...

Malay is Riau Malaya Sumatera and a of Kalimantan. This is the real roots of malays. Then others we call Bugis Jawa Banjar also part of Malays also bcouse we all living in Nusantara Sundaland or Malay Archipelago. Indian from India. Chinese from China. Take it real of leave it bro. Tq

Dean said...

Asyik claim jer hang tuah ni melayu tak malu ker?... adoiii agak2 lah

Dean said...

Betul ker ayat tu hang tuah yg ucap?.. oleh sebab nak claim ko sedapkan hati tambah ayat melayu dlm tu adoiii.. fakta kena ada bro bukan asyik bangang tak ada arah

Dean said...

Hahaha... dah masuk hal agama pula.. marahlah tu sebab tuah bukan melayu

Dean said...

Ko tu bangang.. membentuk malaysia melayu india cina jer ker? Ni sejarah negara sendiri pun masih lembab.. bangsa sabah sarawak iban kadazan tu bukan sama2 membentuk malaysia ker?..

Dean said...

Korang tu bangamg asyik ckp bangsa dia jer yg betul... habiskan baca quran bro.. masa darurat muslim pun mkn babi ...

Dean said...

Mana bukti bible kena ubah.. ? Mana bible yg original? Jgn libatkan bab agama dlm isu ni..

Dean said...

Kesian balik2 nak claim... dah lah han to ah tu adalah cina... haha

Dean said...

Betul tu tuan.. ni asyik claim melayu habg tuah la ... kesian

Unknown said...

Kau dah kenapa asal dengki sangat, kau ni puak apa pulak ni?? Berhentilah bertelingkah

Unknown said...

Bagi pengamatan saya, blog nagara kedah paling berwaras selaras dengan minda kita yang hina yang menceritakan asal usul Masyarakat Bangsa Melayu Islam asal dari Nabi Ibrahim dari isteri ketiga, Kartura di Campa, dan Beragama Hanif mengikut Nabi Ibrahim Alaihis Salam Tuwassalam

Unknown said...

Daya Deria saya merasa wak ni mumgkin keturunan Merong Mahawangsa dan Syarifah Mariyam Al Jufri yang bertandang ke Semenanjung Malaka atau Emas untuk menyebarkan Islam atas kedat(kedah)/watikah dari Maharaja Kekhalifahan Tang Yang Maha Mulia Seri Paduka Sai Ti Sung yang merupa tabiin yang di awalnya menjadi pelajar rombongan da'wah Islam titah Sahabat Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W. iaitu Khalifah Saidina Uthman ibni Affan R.H.U. melalui jejak urwatul wuthqa Saidina Saad ibni Waqqas R.H.U. di Tanah Chi Na= Petunjuk Datuk" Nabi Allah Iskandar Zulkarnain Khalifah Allah Yang Saleh Di Timur dan Barat

Unknown said...

Cakap Elok-Elok sikit eh, kau terima jelah yang kau dari Peradaban Indus, say what, jangan perhebaoh benda yang kita tak pasti, just now don't bother any our Muslim brother or sister to what gaduh la apa-apa lah....

Unknown said...

Betu tu paling boleh diterima akal

Hai said...

tak penat ke bro reply banyak2 ni?😥😥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails